Tuesday, September 17, 2013

Tangisan Anak Bandar (Malay version)

Kelahiran ku dan membesarnya aku di Bandar,
Memberi kebaikan dan kemajuan kepada ku,
Tetapi sayang sekali si anak Bandar,
Walaupun memiliki kemudahan, namun miskin dengan harta pusaka,

Dusun, walaupun ianya bangsa ku,
tetapi tiada pengetahuan berbahasa
kerana tiada tunjuk ajar orang tua ku
Meningkatkan martabat hidup, suruhan mereka
Namun sedemikian, aku ingin berbalik arah hidupku,
Di jalan yang telah dilalui oleh nenek moyang ku di masa dahulu

Aku ingin bertati mempelajari harta bahasa pusaka
Sekadar yang dapat aku ketahui…
Dan kini aku dah tahu,
Bahawa aku belum banyak pengetahuan,
Sebab belum setanding dengan kebolehan berbahasa nenek moyang ku…

Aku ingat di masa lalu,sewaktu banyak kesalahan bahasa ku,
Hingga aku diejek orang
Dan ku fikir sekiranya aku bukan anak watan Dusun
tidak perlu ku tanggung semua ini

Kekadang hatiku sakit
Kerana petunjuk untuk mendalami kehalusan bahasa kita, sedikit…..
Kerana masih banyak yang tidak diketahui,
Dan perjalananku masih jauh,
Hanya di pertengahan jalan,
Ku ingat-ingat terus,
Kesilapan orang tua ku
Tujuan mereka baik, untuk meningkatkan martabat,
Tetapi mengapa mereka membelakangi bahasa pusaka kita yang halus itu?
Dan mereka biarkan ianya berlarutan

Bahasa kita semakin pudar
Hingga ianya akan pupus
Lalu terletaklah satu lagi tangisan,
Tangisan si anak Bandar,
Anak watan Dusun,
Tangisan yang berlarutan…
Sebab pudarnya bahasa pusaka.

Ditulis oleh Andreas Alex (19/04/2011)
Diterjemah oleh Nelane Peter (daripada Dusun ke B.M.)(24/06/2011)

No comments:

Post a Comment